Homestay ini mendapat inspirasi nama bagi mengenang kehebatan dan jasa bakti Panglima Kiai Salleh menentang pengganas komunis di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Bukan itu sahaja, antara hasrat utama homestay ini diwujudkan ialah untuk memperingati jasa pahlawan di Malaysia yang pernah berjuang mempertahankan tanah air seperti Mat Kilau, Dato Bahaman, Left Adnan dan ramai lagi kisah pejuang yang sepi tidak didendang.
Pada fasa kedua pembangunan The Panglima, kami akan membuka mini galeri dan sudut info sejarah pada ruang tertentu di dalam homestay ini. Selewat-lewatnya pada hujung Febuari 2020, mini galeri ini akan dibuka untuk tetamu The Panglima.

Homestay ini merupakan rumah lot akhir dua tingkat yang eksklusif. Menyediakan 3 bilik tidur, 4 bilik air, 2 ruang tamu dan ruang dapur yang selesa.
Homestay ini juga boleh menerima dari 8 orang hingga 15 orang tetamu pada satu satu masa. Garaj kereta di rumah ini juga boleh memuatkan sehingga 4 buah kereta.
Hampir dengan semua kemudahan asas seperti bank, ATM, stesen minyak serta cuma 25 minit ke Bandar Batu Pahat.
No comments:
Post a Comment